This is my band favorite. They do best. :D
Fathhhhh.
Saturday, 4 February 2012
Wednesday, 28 December 2011
Another week.
assalamualaikum korang korang semua. macam mane cuti? best? haha. finally, dapat jugak aku update blog selepas beberapa minggu aku tak update. haha. sini aku nak bagi tahu lagi seminggu lagi nak sekolah. dah nak sekolah ke? tak tahu pulak aku. yelah ingat cuti je kan. korang dah ready ke nak sekolah? peralatan sekolah dah beli? buku dah beli? baju dah beli? seluar dah beli? kasut dah beli? banyak lagi la. hahaha. sorry gila sikit. korang bersemangat ke nak pergi sekolah? bangun pagi, mandi, gosok gigi, sembahyang, sarapan pagi, pergi sekolah, belajar, lepas tu rehat, belajar balik, lepas tu balik. bersemangat ke korang? kalau bagi aku hari first memang semangat tapi kalau hari seterusnya memang tak ahh. haha. yelah pikir cuti je sape tak nak kan kan? aku ni asyik bercerita je tak pikir diri aku pulak. haha. aku baru beli baju je kott. lain lain tu bila entah pun aku tak tahu. apa le aku ni. nak sekolah pun tak amik tahu. ishh ishh. haa, tu jelah aku nak bagi tahu. aku pun dah naik penat tekan tekan button ni semua. okay lah. bye. :)
Welcome to 2012.
assalamualaikum semua. saya nak cerita sikit ni. tak lama lagi 2012 akan tiba. sekolah pun nak dekat. ape perancangan korang korang semua? perancangan aku ialah menghilangkan sikap pemalas dalam hidup, tak nak tidur dalam kelas lagi, kacau kacau kawan, kutuk kawan, kutuk cikgu, makan dalam kelas, tak dengar cikgu cakap, melawan cikgu, bergaduh, buli kawan, curi sana sini, ponteng kelas, fly sekolah dan banyak lagi lagi lah aku dah lupa. malas nak ingat. haha. boleh ke aku berubah? tengok jelah nanti. hehe. tu jelah. bye.
Friday, 9 December 2011
Debaran semakin terasa.
assalamualaikum anda anda semua. anda semua sihat? kalau sihat alhamdulilah lah. aku pun sihat jugak. hehe hari ni aku nak cerita pasal result PMR yang akan keluar 2 minggu lagi. kejap je result dah keluar kan? sekarang ni sumpah aku tengah cuak gila gila babi punye. haha. dah le aku banyak tak baca, ape entah lagi aku dah lupe. haha. lepas tu, tak boleh tidur malam, ape yang aku buat semua tak menjadi. ape pun tak boleh. ape yang mampu buat ialah berdoa banyak banyak kepada Allah. dia sahaja yang mampu mengubah nasib kita. betul tak? :) sape sape yang ambil exam PMR tahun ni, aku mendoakan kejayaan korang and jangan lupe doakan aku sekali tau. tau tau? doa jangan tak doa. haha. okay tu je lah yang aku nak cerita. bye korang.
Monday, 28 November 2011
Medan i come.
Assalammualaikum. sini ada berita terbaru. esok aku akan berangkat ke medan untuk melancong disana, tak kan nak cari awek kott. haha. tak sabar aku nak pergi sana. entah apa ada dekat sana pun aku tak tahu. aku tengok je nanti. dapat juga aku pergi holiday. sebelum ni aku duduk rumah online, makan, tidur, online, makan, tidur tu je la keje aku tiap tiap hari. nak keluar tak ada duit pulak kan. hehe. siapa siapa yang nak order apa barang dekat aku, calling calling lah dekat aku ehh? tak pun messege dekat fesbuk aku or im aku. pandai pandai korang lah. kalau tak nak tak apa. aku lagi suka. tak payah nak menyusahkan aku. haha. itu jelah yang mampu aku taip. lain kali aku update lagi. bye.
Sunday, 27 November 2011
Misteri Jalan Lama.
Assalammualaikum semua. aku nak bercerita sikit disini. semalam aku keluar bersama Sheik Muhammad Aliff dengan member dia sekali pergi tengok wayang cerita Misteri Jalan Lama. baru nak tengok cerita Breaking Dawn, dah dia ajak tengok cerita ni, tengok je lah. boleh tahan juga la cerita ni. ada kelakar, ada seram, ada tak seram. haha. mula mula cerita ni tak ada la best sangat. bila tiba tengah tengah cerita je agak menarik dan gempak la. haha. sumpah cerita ni kelakar nak mampus. cerita ni dah macam power rangers dah aku tengok. xD korang nak tahu apa yang macam power rangers, dia punya pedang. pikirkan panjang la sangat rupa rupanya pendek. tergelak aku tengok cerita ni. haha. tapi terbaik cerita ni. gua tabik lu Afdlin Shauki. lepas tengok wayang kitorang pergi beli baju. aku banyak sungguh terhutang budi dekat Sheik Muhammad Aliff
kerana belanja aku baju dengan tiket prom night tu nanti. kau jangan risau nanti kalau aku dah ada duit aku ganti balik duit kau tu okay. :) itu saja yang boleh aku certain buat masa sekarang. esok esok aku ceritain lagi. bye semua. :D
Saturday, 26 November 2011
I'am new here.
Assalammualaikum. hai semua. saya baru disini, baru nak mengenali blog blog ini. saya harap anda suka. haha. itu jelah saya nak cakapkan. bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)



